Bertuah Kahwin Dengan Anak No 2 Ni, Peribadi Yang Unik Dan Relaks
Gambar Sekadar Hiasan. |
Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Oleh kerana anak kedua merupakan anak tengah, jadi secara tidak langsung ia akan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam banyak hal. Mungkin juga ini adalah antara fakta yang menarik mengenai anak kedua.
1. Terasing
Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain
2. Suka berkawan
Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.
Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan
Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
4. Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.
5. Masalah hubungan
Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.
Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam banyak perkara.
Sumber: https://ift.tt/2q1CbOY
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment