Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh Model iPhone Mungkin Dilancarkan Pada Tahun 2020 Dengan Versi 4G/5G Berasingan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh Model iPhone Mungkin Dilancarkan Pada Tahun 2020 Dengan Versi 4G/5G Berasingan


Tahun 2020 akan menjadi tahun di mana teknologi rangkaian 5G akan terus meletus. Semakin banyak negara dunia yang menawarkan rangkaian selular terkini yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 7 Gbps. Terkini mengikut ramalan penganalisa di Rosenblatt, Apple akan melancarkan tujuh model iPhone baharu pada tahun 2020.

Model yang akan dilancarkan ialah iPhone SE2 4G, iPhone 12 4G, iPhone 12 Pro 4G, iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Plus 4G, iPhone 12 Pro Plus 5G dan iPhone 12 Pro Max 5G. iPhone SE2 4G dengan skrin sebesar 5.1″ akan dilancarkan pada awal tahu hadapan tanpa sebarang model dengan sokongan 5G.

iPhone 12 pula dilengkapi skrin 6.1″. iPhone 12 Pro dengan skrin 5.4″ dan kesemua model iPhone 12 Pro Plus serta Max dilengkapi skrin 6.1″. Tidak diketahui apakah perbezaan di antara model Pro Plus dan Pro Max pada waktu ini. Rosenblatt turut meramalkan harga jualan model 5G adalah sehingga $200 (~RM 830) lebih mahal berbanding model 4G.

 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.