Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hukum Jual Beli, Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat & Kira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hukum Jual Beli, Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat & Kira



Ramai antara kita pasti pernah makan dulu, kemudian kira dan baru bayar pada tuan kedai. Terutamanya jika kedai makan yang jenis ramai dan penuh sesak dengan pelanggan.

Makanan yang diambil pula biasanya tak sempat dilihat peniaga ramai pelanggan akan makan dulu, dah habis makan dalam pinggan dan hanya dikira berdasarkan anggaran sahaja. Sebenarnya, berdasarkan hukum jual beli, tak boleh makan dulu sebelum tuan kedai melihat dan mengira makanan yang kita ambil.

Semoga perkongsian daripada Muharrik Daie ini dapat dijadikan panduan dan pesanan buat kita.

Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.

Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.

Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.

Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.


Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu..

Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil.

Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.

Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.

Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada si penjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Si penjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.

Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.

Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.

Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.

“Berapa kak.” Tanya aku.

Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku, hanya di lirik nya saja sambil lalu.

“Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian.” Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.

“Tak boleh gitu kak, saya ambil banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?” Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.

“Tak apa, tak apa, nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk makan dulu ya.” Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.

Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.

Aku kembali balik kepada kaunter untuk bertanya. “Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira.” Ujar ku pada tokey kedai tersebut.

“Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan dulu jerklah.” Jawab nya.

“Tak bolehlah begitu kak, haram hukumnya saya makan dulu kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Berdosa pulak saya. Akak tak boleh kira ke?” Ujar ku lagi.

“Tak bolehlah encik. Saya hanya terima duit mengikut bil saja.”

“Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu.”

Kira Harga Makanan

Aku pun terus menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.

“Dik, kira makanan abang ni?” Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan pinggan makanan yang aku ambil.

Tanpa merenung aku dia berkata, “Abang duduk makan dulu, nanti saya datang kira.”

“Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni.” Aku buat buat kalut.

Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harganya sekali tanpa memandang aku. Haa kau, Rm 14.20. Tak apa. Janji sedap dan kena dengan selera aku.

Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makan malam aku sambil meminta air suam. Lazat. Puji aku dalam hati.

Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.

Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.

“ABANG AMBIK APA TADI.” DIA BERTANYA.

“OWHH, SAYA AMBIK PARU SIKIT, KERANG SIKIT, SOTONG DAN TELUR MATA.” JAWAB KU.

“NASI ADA TAMBAH BANG?” TANYA NYA LAGI.

“TAK ADA.” JAWAB KU RENGKAS.

“MINUM?”

“AIR SUAM JER.”

Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.

Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80

Elak Zalim Menzalimi

Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah terdahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.

Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan.

Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.

Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.

“Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?” Tanyaku sambil senyum.

Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.

“Mana satu ya kak.” Tanya aku lagi. Ikhlas.

“Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi.” Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.

“Akak tuan kedai kan?” Tanya ku.

“Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu.”

Berniaga Ikut Syariat Yang Betul

Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.

“Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang.”

Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, “Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap.” Sambil aku berlalu pergi.

Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.

Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.

Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.

Sekadar renungan buat kita hari ini.

Jika menfaat pengalaman aku ni, harap dapat tuan puan tekan butang SHARE lah ya supaya kita dapat pahala dalam menyebarkan dakwah dan kebaikan.

Penulis #muharrikdaie

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Ada benarnya.Pesanan buat peniaga berniagalah mengikut syariat yang betul, ubahlah sistem pembayaran cara syariat. Buat para pelanggan, setiap makanan yang diambil menjadi darah daging, pastikan tahu harga dahulu sebelum makan. Jika tuan kedai sangat sibuk atau ramai orang, pastikan ambil gambar dulu siap-siap sebelum kita makan, kemudian tunjukkan pada tukang kira nanti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.