Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Sempat Hantar Sarapan Pada Ibu Ayah, Budak 6 Tahun Maut Digilis Lori - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Sempat Hantar Sarapan Pada Ibu Ayah, Budak 6 Tahun Maut Digilis Lori



“HANCUR hati saya apabila sebaik berpaling ke belakang, saya nampak anak saudara, Worawut digilis lori sehingga menyebabkan sebahagian otaknya berkecai,” kata Suchada Sangtang, 29, hari ini.

Kemalangan berlaku pada 10 pagi di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan berhadapan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jitra, tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Napoh apabila motosikal ditunggang mereka bergesel dengan lori.

Wanita berketurunan Siam dan beragama Islam itu berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa, Woorawut Sangtang, 6, dalam perjalanan pulang selepas membeli nasi lemak dan kuih di kawasan Napoh.

Katanya, Worawut yang mengajaknya pergi membeli kuih dan nasi lemak untuk dihantar buat ibu dan bapanya yang menoreh di kebun getah kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

“Kami sudah beli makanan dan dalam perjalanan untuk menghantarnya, tetapi apakan daya kejadian berlaku terlalu pantas.

“Kelu lidah tak terkata apabila melihat jenazah anak saudara dalam keadaan macam tu,” katanya yang turut cedera di bahagian lutut, kaki dan lebam di bahagian mata.


Suchada berkata, arwah anak bongsu daripada tiga beradik dan mempunyai kakak serta abang berusia 21 dan 18 tahun.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa arwah.

Mayat Worawut dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang dua mangsa dari RTC Napoh keluar simpang menghala ke Bukit Kayu Hitam.

“Ketika membelok keluar simpang dan meneruskan perjalanan di sebelah kiri, tiba-tiba sebuah lori tidak dikenali pasti datang dari arah belakang menyebabkan ia bergesel dengan motosikal berkenaan.

“Kejadian menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal itu jatuh ke atas jalan sebelum pembonceng terbabit digilis lori itu.

“Penunggang motosikal itu cedera di badan manakala pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lori itu dipercayai tidak berhenti di tempat kejadian dan tidak berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HJ untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi 04-9172222 untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.