Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dijangka Memasarkan Telefon Kedua Mereka Dengan Skrin Boleh-Lipat Seawal Februari 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dijangka Memasarkan Telefon Kedua Mereka Dengan Skrin Boleh-Lipat Seawal Februari 2020


Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan Galaxy Fold yang menawarkan rekaan skrin boleh-lipat seumpama sebuah buku. Terbaru, pengeluar dari Korea Selatan berkenaan turut dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi variasi telefon dengan skrin boleh-lipat – iaitu dari atas ke bawah, lebih kurang seumpama telefon flip suatu ketika dahulu.

Melalui laporan terbaru, ia dikatakan Samsung mungkin memasarkan telefon dengan skrin boleh-lipat ini seawal Februari kelak – lebih awal berbanding Galaxy S11.

Telefon dengan skrin boleh-lipat ini dijangka menawarkan skrin bersaiz 6.7-inci, dan seterusnya berubah menjadi rekaan hampir petak apabila ia dilipat.

Peranti ini juga dijangka akan ditawarkan pada separuh harga berbanding Galaxy Fold sebelum ini.

Pada masa yang sama, Samsung turut dijangka memperkenalkan Galaxy Fold generasi kedua pada penghujung 2020 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.