Spesifikasi Yang Didakwa Xiaomi Mi 10 & Mi 10 Pro Tertiris
Xiaomi Mi 10 adalah peranti yang pertama dunia yang akan dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. Ia diumumkan ketika cip ini dilancarkan beberapa minggu lepas. Namun, tiada butiran yang diberikan mengenai peranti ini. Hari ini, terdapat beberapa spesifikasi yang didakwa adalah spesifikasi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah tertiris.
Xiaomi Mi 10 dikatakan akan menggunakan skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz dari panel yang bersaiz 6.5-inci. Kamera pula adalah kuad-kamera dari lensa Sony IMX686 + 20MP + 5MP + 2MP dan lensa zum 30x. Bateri sebesar 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas baharu 40W, 30W pengecasan pantas nirwayar dan mungkin 10W pengecasan nirwayar berbalik. Paling menarik, ia akan sedia menyokong 5G dan juga enjin getaran haptik. Memori pula dikatakan adalah dari 8GB atau 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB.
Mi 10 Pro pula akan menggunakan kamera 108MP + 48MP + 12MP + 8MP, bateri pula adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 60W SuperMi dan 40W pengecasan pantas nirwayar. Cip yang digunakan sudah pasti adalah Snapdragon 865, namun butiran mengenai paparan dan lain-lain tidak diberitahu. Memori pula adalah 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB.
Harga untuk Mi 10 tidak jelas, tetapi berkemungkinan adalah bawah 3,999 Yuan – iaitu RM2346. Manakala Mi 10 Pro adalah sekitar 3799 Yuan sehingga 4499 Yuan, iaitu RM2229 sehingga RM2639. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari mereka tahun hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment