Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Huawei Y9 2019 – Telefon Pintar Yang Sempurna Dengan Penampilan Skrin, Storan Dan Bateri Yang Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Huawei Y9 2019 – Telefon Pintar Yang Sempurna Dengan Penampilan Skrin, Storan Dan Bateri Yang Besar


Kebanyakan jenama telefon pintar pada tahun ini hadir dengan penawaran spesifisikasi yang menarik yang selari dengan gaya penggunaan pengguna pada masa ini. Tidak ketinggalan, Huawei Malaysia kini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka di bawah siri Huawei Y9 2019, iaitu Huawei Y9s. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi seakan peranti mercu serta menampilkan pelbagai fungsi baru yang menakjubkan yang boleh didapati pada harga yang mampu milik. 

Bagi anda yang sedang mencari atau ingin mendapatkan telefon pintar terkini yang menepati kriteria utama anda seperti skrin yang besar, storan yang mencukupi serta bateri yang tahan lama, siri Huawei Y9 2019 adalah pilihan yang terbaik. Telefon pintar ini bukan sahaja menawarkan spesifikasi yang baik, malah ia turut memberikan pengalaman yang sempurna dan sangat sesuai untuk digunakan oleh peminat permainan mudah-alih atau lebih dikenali sebagai permua.

Untuk mendapat pengalaman bermain permua yang menakjubkan, saiz dan rekaan skrin memainkan peranan yang sangat penting kepada setiap individu. Oleh itu, Huawei Y9s membawakan rekaan skrin sebesar 6.59-inci tanpa takuk dengan resolusi skrin 2340 x 1080 FHD+. Ia juga hadir dengan dengan nisbah skrin-ke-badan sehingga 91%  bersama paparan FullView Display. Dengan ini, anda boleh mendapatkan paparan skrin yang menyeluruh untuk digunakan sewaktu bermain permua selain hadir dengan paparan warna yang lebih jitu dan terang pada skrin. 

Sesuai dengan penggunaan peranti dalam jangka masa yang lama, penawaran skrin peranti yang luas dan menyeluruh dapat memberikan keselesaan kepada mata anda sewaktu menggunakan peranti lebih-lebih lagi ketika bermain permua. Bukan itu sahaja, ia turut memudahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti harian yang lain termasuk menonton video, membaca emel serta melakukan navigasi pada peranti dengan lebih baik. Tambahan lagi, Huawei Y9s ini juga menampilkan rekaan sisi badan melengkung 3D yang menjadikan anda dapat menggenggam peranti dengan lebih kemas dan selesa.

Selain itu, Huawei Y9s turut menyertakan kapasiti storan yang besar yang mana boleh memuatkan aplikasi dan gambar serta video yang banyak ke dalam telefon pintar tersebut. Untuk keluaran kali ini, ia menawarkan memori sebesar 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Melalui penawaran tersebut, anda tidak perlu risau mengenai saiz fail atau aplikasi yang ingin dimuat-turun atau disimpan. Ia boleh dikatakan menyamai kapasiti storan yang kini disediakan oleh kebanyakan peranti-peranti mercu yang lain, dan pengguna tidak perlu risau untuk storan yang terhad. Malah sekiranya rasa tidak cukup, pengguna boleh menaiktaraf storan menggunakan slot kad Mikro-SD dan boleh ditambah sehingga 512GB.

Bercakap mengenai ketahanan bateri pula, telefon pintar Huawei Y9s dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000 mAh. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan apabila anda bermain permua untuk jangkamasa yang lama kerana ia menyokong penggunaan penuh selama 1 hingga 2 hari. Malah, ia juga boleh bertahan lama untuk penggunaan yang harian yang mana ia menyokong sehingga 40 jam panggilan berterusan, main balik muzik sehingga 80 jam dan main balik video selama 9 jam.  Dengan ini, anda boleh bermain permua atau menonton siri drama kegemaran anda sama ada di Netflix atau Youtube tanpa gangguan selain tanpa perlu membawa powerbank malah tak perlu terasa terikat dengan kabel pengecasan. 

Menerusi kapasiti bateri yang disertakan, ia yang boleh dipercayai pasti memberikan pengalaman permainan yang baik dan mudah kepada pengguna. Untuk menjimatkan lebih banyak kuasa, telefon pintar ini dikuasakan oleh Kirin 710F yang menawarkan prestasi yang menakjubkan dan dalam pada masa yang sama dapat memberikan penggunaan tenaga yang rendah sewaktu menggunakan peranti berkenaan. Huawei Y9s kini turut mempunyai port pengecasan USB-C yang mana digunakan oleh kebanyakan peranti masa kini. 

Berdasarkan spesifikasi di atas, Huawei hadir dengan penawaran telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki. Huawei Y9s hadir dengan rekaan skrin 6.59 inci FHD+, dikuasakan oleh dengan cip Kirin 710F, memori 6GB RAM bersama storan 128GB. Melengkapkan peranti adalah tri-kamera utama gabungan lensa utama 48-megapixel, lensa sudut ultra lebar 8-megapixel dan lensa depth 2-megapixel. Bagi kapasiti bateri pula, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh bersama sokongan pengecasan 10W. Bagi anda yang berminat, Huawei Y9s menampilkan dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan juga Breathing Crystal pada harga RM999. 

Sementara, untuk siri Huawei Y9 2019 bagi model Huawei Y9 Prime pula telah dikemaskini harganya, iaitu ditawarkan pada harga RM799 sahaja. Untuk setiap pembelian Huawei Y9s, anda berpeluang untuk untuk menerima Huawei Band 4 secara percuma yang bernilai RM139. Untuk mendapatkan Huawei Band 4 ini secara percuma, anda perlu menebusnya melalui aplikasi HUAWEI AppGallery. Anda juga boleh layari laman rasmi Huawei untuk mengetahui butiran lain mengenai siri Huawei Y9 2019 atau berkunjung ke kedai pengedar rasmi Huawei atau juga membelinya di kedai atas-talian rasmi Huawei bermula 29 November 2019.

Beli: Laman Rasmi Huawei Untuk Siri Huawei Y9 2019 

Penafian: Advertorial Daripada Huawei Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.