Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Mahu Mati Sebagai ‘Mak Nyah’, Klon Ziana Zain Semakin Selesa Jadi Lelaki Sejati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Mahu Mati Sebagai ‘Mak Nyah’, Klon Ziana Zain Semakin Selesa Jadi Lelaki Sejati



Pasti ramai yang masih ingat dengan Nik Aidi Azhar Che Seman atau lebih dikenali sebagai klon Ziana Zain, yang dahulu pernampilanya seperti wanita.

Namun, itulah adalah dirinya yang dulu kerana dia kini sudah berubah kembali kepada fitrah sejak dua tahun yang lalu, dan selesa menjalani kehidupan sebagai lelaki sejati.

Membuka semula kisah penghijrahannya, semuanya bermula dengan mimpi ngeri menggambarkan kematian telah menjadi salah satu asbab mengenai perubahannya.

Rasa takut melihat ramai orang meninggal dunia

Sejak daripada situlah, dia mula selalu memikirkan bagaimanakah keadaannya jika nyawa diangkat ketika masih lagi dalam kejahilan.


“Saya berubah dengan kerelaan sendiri kerana rasa takut melihat ramai orang meninggal dunia setiap hari, tidak kira tua atau muda…”


Tanpa paksaan sesiapa, Nik Aidi tekad untuk berubah, namun bukanlah secara drastik. Sebaliknya, dia memulakan dengan mengubah penampilan dan sedikit demi sedikit mula mendalami ilmu agama pula.


Belum mahu kahwin, nak jaga ibu ayah

Kini menetap di Kuala Krai, Kelantan, Nik Aidi mengambil tanggungjawab untuk menjaga kedua orang tuanya yang telah uzur iaitu ibunya, Mok Tuan Maunah Tuan Nal, 87, serta ayahnya, Che Seman Cik Weil, 100.

Apabila ditanya mengenai soal jodoh pula, Nik Aidi buat masa kini belum lagi mahu berkahwin kerana ingin memberi tumpuan kepada kedua ibu bapanya. Namun, berdoa agar dipertemukan dengan wanita yang baik.



Semoga perubahan Nik Aidi ini menjadi inspirasi kepada golongan mak nyah yang lain, supaya berubah sementara pintu taubat masih terbuka.

Sumber : Nik Aidi Azhar Che Seman &  Harian Metro via https://ohmymedia.cc/


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.