TikTok Kini Diharamkan Dari Dipasang Pada Peranti Anggota Tentera Amerika Syarikat
Aplikasi TikTok adalah amat popular terutamanya di kalangan anak-anak muda. Media sosial perkongsian video pendek ini mempunyai lebij dari 200 juat pengguna aktif bulanan. Sungguhpun begitu penggunaannya pada peranti yang diberikan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk kegunaan anggota telah diharamkan.
Arahan pengharaman dikeluarkan kerana terdapat risiko ancaman sekuriti. Pekeliling dikeluarkan kepada anggota tentera menerusi laman Facebook. Peranti yang memasang TikTok akan dihalang dari mengakses rangkaian intranet milik Tentera Laut dan Marin. Aplikasi ini mula menerima perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat memandangkan ia dimiliki oleh Bytedance, syarikat yang berpangkalan dari China.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa A.S sejak akhir-akhir ini termasuk mengharamkan penggunaan peranti keluaran Huawei oleh kakitangan, dron keluaran DJI dan aplikasi menjejak kesihatan yang dilengkapi data GPS. Dua dekad yang kalu Perang Dingin di antara Rusia dan Amerika Syarikat berakhir dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, Kini perang dingin teknologi pula berlalu di antara China dan Amerika Syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment