Anak Susah Makan Baca Zikir Ini Setiap Hari, Hembus Pada Makanan Setiap Kali Masak
Doa untuk anak-anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja.
Jadi, janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR (TAWAKKAL).
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sangat membantu dan boleh jadi panduan untuk ibu bapa didik anak suka makanan sihat.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar.
Kita cuba ubah daripada sekarang.
Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat.
Dilindungi daripada yang sebaliknya.
Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
“anak saya tak suka masakan saya lah Kak Nini. Frust betul.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana?
ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak?
KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda.
Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Sumber: Ainini Zainal via https://ift.tt/2ByeaBO
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment