Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengganti Poco F1 Dijangka Hadir Pada Suku Pertama 2020 Ini – Spesifikasi Tinggi Pada Harga Kompetitif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengganti Poco F1 Dijangka Hadir Pada Suku Pertama 2020 Ini – Spesifikasi Tinggi Pada Harga Kompetitif


Poco sebelum ini telah pun mengumumkan akan beroperasi sebagai jenama berasingan berbanding Xiaomi, dan kini mereka turut telah berkongsi sejumlah informasi lanjut mengenai syarikat terbaru berkenaan.


Melalui temuramah terbaru, pihak Poco mengatakan mereka akan beroperasi secara berasingan dan sebagai entiti tersendiri – berbeza dengan dibawah Xiaomi sebelum ini. Apa pun, mereka masih akan bergantung kepada beberapa sumber, termasuk berkaitan dengan perkhidmatan selepas jualan, pusat data dan sebagainya.

Dari segi penawaran perisian, Poco akan kekal menggunakan antaramuka yang diubah suai sedikit, dinamakan “MIUI for Poco”. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman yang menghampiri antaramuka asal Android, tetapi dengan sejumlah ciri-ciri daripada MIUI.

Dan bercakap mengenai Poco, semestinya ramai yang menantikan generasi baru pengganti Poco F1, atau yang mana dipanggil ramai sebagai Poco F2.

Bercakap mengenainya, pihak Poco mengatakan ia mungkin diperkenalkan seawal suku pertama 2020 ini. Ini bermakna, kita akan melihatnya sebelum Mac 2020 ini. Dari segi penawaran, ia dijangka akan mengekalkan penawaran spesifikasi tinggi, tetapi pada harga sangat kompetitif.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.