Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang & Dicium, Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang & Dicium, Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran



Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Baru-baru ini, seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema!

Aliza Rose lahir ke dunia sebagai seorang bayi yang sihat pada Mei 2018 lalu. Akan tetapi, satu insiden telah berlaku hingga meragut nyawanya hanya lapan hari selepas dia dilahirkan.

Sedih dengan kehilangan anaknya, ibu Aliza, Abigail Rose Friend telah memuat naik status di Facebook tentang tragedi yang menimpa keluarganya ini.

“Saya tak akan berhenti berkongsi cerita sedih, menyayat hati dan menghancurkan jiwa tentang anak kami Aliza Rose,” kata Abigail.

Aliza telah dijangkiti virus HSV-1 yang biasanya dikenali sebagai virus selsema biasa.


Menurut Abigail, Aliza mendapat virus ini dari seseorang yang “memegangnya tanpa membasuh tangan dan mencium mukanya sambil membawa virus tersebut.”

Ia mungkin dijangkiti dari ciuman.


Dia mula sakit sehari setengah selepas virus HSV-1 itu melekat pada tulang belakangnya dan memakan paru-paru dan otaknya. 

Aliza mula menunjukkan simptom selepas 36 hari dia dilahirkan. Dia kurang bermaya, tak nak minum susu dan gula dalam darahnya rendah.

Keadaanya tak kelihatan semakin pulih dan pada penghujung hari kedua, dia mula sakit sehingga perlu dipindahkan ke hospital lain.

Menghadapi kebenaran

Si kecil ini mula mempunyai masalah untuk bernafas, jadi mereka perlu meletakkan banyak mesin dan tiup hanya untuk berikannya oksigen.

“Anda tak boleh nampak yang dia seorang bayi,” kata ibu ini. “Saya sangat sedih lihat keadaanya seperti itu.”

Virus tersebut mengambil masa hanya enam hari setengah untuk menghancurkan badan si kecil tidak bersalah ini.

Lama kelamaan, ubat yang bayi ini perlu ambil menyebabkan dia mengalami sawan kronik sehingga otaknya berhenti berfungsi. Pada usia lapan hari, mesin sokongan hidup Aliza terpaksa dicabut.

Amaran ibu kepada semua orang


Abigai berharap yang dia boleh menyampaikan mesej ini kepada semua ibu bapa.

“BASUH TANGAN ANDA DAN JANGAN CIUM BAYI BARU LAHIR!”

Dia memberi amaran pada semua orang awan tentang bahaya yang boleh terjadi kerana membenarkan keluarga dan rakan untuk mencium bayi baru lahir.

Kalau bukan kerana insiden ini, Abigail tak akan tahu tentang virus selsema tersebut dan tak tahu yang ia boleh membawa maut.

Apa yang lebih membimbangkan, ibu bapa juga boleh menjangkiti bayi mereka dengan virus ini.

“Ia boleh membawa maut sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia dua minggu. Bayi yang lebih berusia juga boleh dijangkiti virus ini kadang-kadang.”

Dia tak tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini. Sesiapa saja boleh membawa virus ini dan tak menunjukkan apa-apa tanda!

Selain ibu ini, hanya suaminya Tyler dan beberapa kawan rapat yang menyentuh Aliza pada dua hari pertamanya.

Tak ada cara untuk tahu siapa yang berikannya virus ini kerana ia adalah virus yang biasa dialami oleh sesiapa saja.

Bila dikenang kembali, ibu ini merasakan yang dia perlu bersuara dan tegas beritahu pelawat untuk tak mencium anaknya.

Tapi dia tak kata apa-apa kerana tak mahu kecilkan hati sesiapa. “Saya rasa ramai ibu bara merasakan perkara yang sama”.

Tapi dia menasihatkan ibu bapa untuk bersuara kerana ia boleh membawa maut. Biar selamat dari menyesal.

Ibu ini juga menambah: “Tak ada satu saat pun yang saya tak fikirkan tentang Aliza. Dia sangat tembam, gembira dan manja. Dia dalam doa saya setiap hari.”



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.