Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Babitkan Tiga Kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Babitkan Tiga Kenderaan



KUANTAN: Tiga beranak maut selepas kereta jenis Proton Persona yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh dekat Temerloh hari ini.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Mohamad Adnan Anuar, 23, Siti Tul Assiqin Abdul Wahab, 23, dan anak mereka Nur Alissa Insyirah Mohamad Adnan yang berusia empat bulan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pusat gerakan operasi telah menerima panggilan pada jam 4.58 petang mengenai kejadian itu.



"Sebanyak sebuah jentera dan sebuah ambulan dengan seorang pegawai serta tujuh orang anggota bergegas ke lokasi kejadian. Kejadian membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Proton Persona.

"Operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit itu menggunakan peralatan 'rescue tool'. Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Ketiga-tiga mangsa termasuk bayi dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian itu," katanya.

Sumber: Astro Awani


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.