Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fon Telinga Nirwayar Louis Vuitton Horizon Boleh Dimiliki Pada Harga Melangkaui RM4000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fon Telinga Nirwayar Louis Vuitton Horizon Boleh Dimiliki Pada Harga Melangkaui RM4000


Tahun lalu fon telinga nirwayar Louis Vuitton Horizon dilancarkan dengan tanda harga hampir RM4000 sepasang. Sempena tahun 2020, versi terkini Louis Vuitton Horizon versi terkini akhirnya dipasarkan pada harga yang lebih tinggi lengkap dengan penjenamaan mewah LV.

Ia sebenarnya adalah sepasang fon telinga Master & Dynamic MW07 Plus dengan rekaan ikonik LV. Ia masih lagi mempunyai kemampuan beroperasi sehingga 10 jam berterusan, dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif dan mikrofon yang membolehkan ia digunakan untuk melakukan panggilan telefon.

Tempat simpanan Horizon berfungsi sebagai pod pengecasan yang memberikan 20 jam waktu penggunaan dan juga boleh dicas semula secara nirwayar.

Louis Vuitton Horizon dijual pada harga $1090 (~RM4420) sepasang dan ini adalah jauh lebih mahal berbanding Master & Dynamic MW07 Plus yang dijual pada harga sekitar $300. Tetapi jika anda ingin memadankan fon telinga dengan kerangka rasmi LV, jam tangan LV dan beg tangan LV, Horizon ialah satu-satunya pilihan di pasaran.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.