Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Akan Menggunakan Teknologi TomTom Pada Aplikasi Pemetaan Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Akan Menggunakan Teknologi TomTom Pada Aplikasi Pemetaan Rasmi


Sejak dihalang dari melakukan perdagangan dengan syarikat yang berpangkalan di A.S, Huawei telah menggandakan usaha untuk menjadi lebih berdikari. Seperti kami laporkan bulan lalu, Huawei kini sedang membangunkan perisian tersendiri sebagai alternatif kepada Gapps termasuk pemetaan dan navigasi alternatif untuk Google Maps, alternatif untuk pemesejan, pembayaran dan sebagainya.

Mereka kini secara rasmi akan menggunakan teknologi milik TomTom di dalam sistem pemetaan peranti mereka. Selain maklumat pemetaan, Huawei akan turut menggunakan sistem maklumat trafik, navigasi bagi membangunkan perisian navigasi mereka sendiri. TomTom ialah syarikat yang berpangkalan di Belanda yang membolehkan urusan dengan Huawei dilakukan tanpa sebarang halangan.

Menurut jurucakap TomTom, perjanjian telah dipersetujui sebelum ini tetapi hanya kini didedahkan kepada umum. Tiada maklumat mengenai bayaran yang diterima oleh TomTom dari Huawei untuk pelesenan teknologi pemetaan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.