Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Assistant Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Assistant Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan


Pembantu maya Google Assistant diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai ganti kepada Google Now. Ia lebih pintar mendengar arahan suara yang diberikan serta memberikan jawapan yang lebih tepat berbanding sebelumnya. Selepas hampir empat tahun, Google kini mengumumkan Assistant mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif bulanan.

Penggunaan bukan terhad pada telefon pintar tetapi juga pada speaker, skrin, kereta dan banyak lagi. Dengan jumlah pengguna yang tinggi ini, Google mengumumkan dua ciri baru yang boleh diakses pada skrin paparan pintar seperti Nest Hub. Pertama sekali ialah meninggalkan nota pada skrin. Dengan arahan suara, nota maya boleh dipaparkan pada skrin sepanjang masa. Ini boleh digunakan bagi mengingatkan barangan runcit yang ingin dibeli misalnya.

Kedua ialah menampal nombor telefon individu penting pada skrin utama paparan pintar. Dengan ini panggilan telefon lebih pantas boleh dilakukan dengan memilih nombor pada skrin. Kedua-dua fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna paparan pintar Google tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.