Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Tomahwak N1 Ialah Komputer Desktop Kompak Untuk Permainan Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Tomahwak N1 Ialah Komputer Desktop Kompak Untuk Permainan Video


Razer mengukir nama dalam arena permainan video menerusi aksesori mereka seperti tetikus dan papan kekunci. Mereka kemudian mula berjinak-jinak dengan komputer riba dengan siri Blade dan kerangka GPU luaran Core. Di CES 2020, mereka akhirnya melancarkan Razer Tomahawk N1 yang merupakan sebuah komputer desktop permainan video bersaiz kompak.

Sekilas pandang Tomahawk mempunyai persamaan saiz dengan Core. Tetapi ia masih mampu memuatkan papan induk, CPU sehingga Intel Core i9-9980HK lapan teras, memori sehingga 64GB RAM DDR4, storan SSD sehingga 2TB, satu kad grafik NVIDIA RTX siri 20 dan sumber kuasa.

Rekaan modular Tomahawk memudahkan proses menyelenggara dan mengubah komponen. Sistem modular yang digunakan adalah ringkas tetapi tidak secanggih konsep Christine yang mereka perlihatkan di CES 2014.

Terdapat dua kaca ditempa pada bahagian sesi bagi membolehkan komponen dalaman dilihat dari luar. Keseluruhan kerangka pula diperbuat daripada bahan aluminium. Razer Tomahawk N1 akan dilancarkan pada pertengahan 2020 dengan pilihan membeli kerangkanya sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.