Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome Pada Android Kelak Boleh Menyalin Gambar Terus Ke Papan Klip - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome Pada Android Kelak Boleh Menyalin Gambar Terus Ke Papan Klip


Google Chrome adalah pelayar web yang popular. Tidak kira di Android, Windows, atau macOS – pasti ada yang lebih gemar menggunakan pelayar web ini berbanding dengan pelayar web lain. Ini kerana, pelayar web ini mempunyai pelbagai fungsi dan ciri menarik. Selain itu adalah kemampuan penyeleraian antara multi-platform. Buka web A di Android, sejarah web yang dilayar boleh dilihat di Windows pula.

Terkini dalam Chromium Gerrit, terdapat satu barisan kod yang akan menjadikan Google Chrome pada Android lebih menarik. Kelak, pelayar web ini akan membenarkan pengguna salin gambar dari sesebuah laman web terus ke papan klip. Ini bermakna, berkongsi gambar kelak akan lebih mudah. Hanya tekan, salin dan tampal. Sebelum ini, gambar hanya boleh dikongsi melalui share sheet atau perlu dimuat turun terlebih dahulu.

Apabila kod ini diaktifkan dalam Chrome Canary, hanya fungsi Preview Image sahaja terpapar. Jadi apa akan terjadi jika tekan, masih tidak kelihatan. Seterusnya, kelak dalam menu ini mungkin akan pilihan Copy Image. Apa-apa pun, kita perlu nantikan kemaskini akan datang. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.