Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin, Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin, Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia



Rata-rata kalau ditanya siapa yang paling anda sayangi pasti ramai yang menjawab ibu bapa. Yelah itukan sebelum berkahwin. Selepas berkahwin pun masih lagi menjawab benda yang sama, tapi betulkah semua itu yang berlaku. Tahukah anda ibu bapa lah manusia yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini.

Semasa kita kecil, kitalah yang mereka tatang seperti minyak yang penuh. Kita dijaga sebaik mungkin oleh ibu bapa kita sendiri. Pernah tidak anda terfikir betapa payahnya ibu dan bapa anda mencari duit untuk besarkan anda dan adik beradik yang lain.

Pabila anda sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri anda sudah semakin jauh dengan ibu dan bapa anda. Mereka sekarang sudah meningkat usia, uban telah memenuhi kepala kedut-kedut semua sudah kelihatan. Adakah anda teringatkan mereka saban hari setelah anda ada keluarga sendiri.

Tahukah anda perasaan ibu dan bapa anda setelah anda meniggalkan mereka. Pernah ke tidak anda mengambil berat prihal mereka ,sakit demam mereka dan sebagainya. Belum terlambat lagi untuk berubah dan mengambil berat tentang ibu bapa anda dikampung. Jom ikuti tips yang boleh digunakan oleh anda

Sensitif dengan keadaan kesihatan


Sebagai anak, anda haruslah sensitif dengan masalah kesihatan ibu bapa anda. Jangan sesekali terlepas pandang soal kesihatan mereka. Orang tua- tua sekarang mudah sangat terdedah dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, jangtung, strok dan macam-macam lagi. Ketahui apa yang terbaik untuk kesihatan ibu bapa anda. Jangan sesekali terlepas peluang anda untuk membawa ibu bapa anda berubat jika mereka memerlukan.

Komunikasi yang berkesan dengan mereka

Dulu semasa kecik kita selalu dengar ibu bapa kita bercerita semua kepada kita. Apa yang anda hendak tahu, semuanya pasti dihujung jadi. Tak perlu “google” apa pun, dan ibu bapa anda jugalah sebenarnya pendengar yang paling setia dikata anda sedang marah,sedih, kecewa dan sebaginya. Jadi sekarang anda seharusnya membalas segalanya dengan menjadi pendengar dan pemberi nasihat yang bagus kepada mereka.

Elakkan bebankan mereka dengan masalah yang anda hadapi

Jikalau anda mempunyai sebarang masalah jangan sesekali anda bebankan masalah anda kepada ibu bapa anda. Diusia mereka sekarang mereka seharusnya menjalani kehidupan yang tenang dan lapang sahaja. Elakkan dari bercerita tentang masalah seperti masalah kewangan, peribada atau hal rumah tangga anda. Anda mungkin boleh meminta pendapat mereka tetapi tolong jangan ceritakan semuanya walaupun anda mungkin dipaksa untuk bercerita.

Ambil tahu impian dan keinginan mereka

Sebagai anak, cubalah sesekali bertanyakan kepada ibu bapa anda tentang impian dan keinginan mereka. Jika anda mempunyai wang simpanan untuk mereka tidak salah kiranya untuk anda membawa mereka berjalan-jalan makan angin ataupun mungkin anda boleh membawa mereka untuk menunaikan umrah atau haji. Ya allah, mesti anda mampu bahagiakan mereka dengan semyuman lebar kepada anda.

Jangan banding ibu bapa anda dengan orang lain

Yang ini jangan sesekali anda buat. Orang tua tidak suka sebenarnya anda membanding-bandingkan mereka dengan orang lain. Contohnya seperti anda membandingkan ibu bada anda dengan ibu bapa mertua anda. Mereka yang besarkan anda bukannya ibu bapa mertua anda tu ya. Ingat lah, mereka mempunyai hati yang senipis bawang. Jangan sesekali sakitkan hati mereka dengan bandingkan kemampuan mereka.

Sumber: https://teneniaw.com


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.