Hi! Welcome Back and Stay Tune! MET Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MET Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air



Perasan tak, sekarang ni cuaca panas kering? Berangin, panas dan kering. Tu belum masuk waktu malam, membahang hanya tuhan yang tau perasaan ni. Rasa nak berendam dalam tong air je.

Sebenarnya, kita berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut  yang dijangka berakhir pada Mac ini. Mengikut kenyataan yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, tempoh penghujung musim ini adalah tempoh berkurangnya taburan hujan di seluruh negara — kecuali Sabah dan Sarawak.

Jadi, itulah sebabnya kenapa kita berdepan cuaca panas kering sekarang ni. Tengok langit pun membiru je takda awan sangat.


Kenyataan itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air kerana jumlah paras air di empangan-empangan berkurangan berbanding biasa.


Selain itu, elakkan daripada melakukan sebarang pembakaran terbuka sebab cuaca panas macam ni memang memudahkan kebakaran merebak dengan pantas. Bahaya tu, tengok apa jadi dekat Australia sekarang?

So, korang ikut nasihat yang dikeluarkan agensi-agensi kerajaan ye kerana ia bertujuan memudahkan kehidupan kita semua. Jaga diri guys!

Sumber: Lobakmerah.com


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.