Kerajaan Negeri kaji bangun aplikasi e-tunai sendiri
KLANG, 20 JAN: Dalam rangka pelaksanaan Smart Selangor, penggunaan e-tunai menjadi salah satu fokus utama Kerajaan Negeri, kata Dato’ Teng Chang Khim.
EXCO pelaburan, perindustrian dan perdagangan, industri kecil dan sederhana (IKS) berkata , usaha itu bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan masyarakat tanpa tunai.
“Kerajaan Negeri memang bercadang dan sedang mengkaji mahu membangunkan aplikasi e-tunai sendiri.
“Bagaimanapun, untuk permulaan kita perlu beri pendidikan dan kesedaran terutama kepada masyarakat luar bandar, warga emas dan mereka yang berpendidikan rendah,” katanya selepas Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2020 di Dewan Orang Ramai Taman Eng Ann di sini semalam.
Beliau berkata penggunaan e-tunai mempunyai banyak manfaat terutama dari segi keselamatan, kebersihan dan memudahkan rekod aliran kewangan.
“Oleh itu, kempen secara meluas dan komprehensif perlu jika kita mahu semua orang menggunakan e-tunai tanpa perlu lagi membawa wang kertas dengan banyak,” katanya.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment