Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Api Swapandu Halaju Tinggi Kini Beroperasi Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Api Swapandu Halaju Tinggi Kini Beroperasi Di China


Projek kereta api halaju tinggi di Malaysia ditangguh beberapa kali dan kini dijangka akan beroperasi pada tahun 2031. Di negara seperti Jepun, sistem kereta api yang bergerak lebih pantas berbanding kereta telah wujud hampir enam dekad. China kini menjadi negara yang memandang serius keperluan kereta api halaju tinggi bagi memacu pembangunan. Mereka kini menjadi negara pertama mempunyai perkhidmatan kereta api swapandu halaju tinggi pertama di dunia.

Kereta api buatan CRRC Corporation ini mampu bergerak pada kelajuan 350 km/j menyambungkan bandaraya Beijing dan Zhangjiakou sempena Sukan Olimpik musim sejuk 2022. Operasi dimulakan sejak 30 Disember lalu selepas tempoh pembinaan selama empat tahun dan memendekkan masa perjalanan dari tiga jam ke hanya 45 minit.

Selain kemampuan bergerak dengan pantas, kereta turut dilengkapi rangkai 5G dan pengecasan nirwayar pada tempat duduk penumpang. Walaupun mempunyai kemampuan swapandu, seorang konduktor manusia masih diletakkan di dalam kabin atas sebab keselamatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.