"Abam Tak Pernah Tolak Program Dakwah, Penat Macam Mana Pun Tetap Datang"- PU Amin
Ramai yang terkesan dengan pemergian arwah Abam, terutamanya dalam kalangan rakan baiknya tak kiralah selebriti mahupun pendakwah.
Terbaru, PU Amin telah memuat naik status di laman Instagramnya berita mengenai arwah Abam yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.
‘Ya Allah ampunkan dia , peliharalah dia , tenangkan dia , jadikan kuburnya daripada taman taman syurga , muliakan kedudukan nya , Ya Allah muliakan roh nya .
Semoga Syed Umar akan bahagia dan damai di kehidupan akhirat . Lawak dan gelak tawa kita bersama di atas dunia ini akan terus di ingati . Semua orang sayang abam . Abam nanti kami akan ikut serta . Berehatlah dari dunia penuh kepenatan ini . Akhirat tempat berehat .
Selesai sudah tugas abam menghiburkan kami . Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah . Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga . Itu kuat nya abam . Insan Mulia . Allah lebih mengetahui..
Saya minta kawan kawan sama sama kita hadiahkan Al Fatihah kepada Arwah Syed Umar @abam, ‘ ujarnya.
Semoga keluarganya tabah dan kuat. Marilah kita berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman
Sumber : PU Amin via Siakapkeli.my
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment