NVIDIA Membatalkan Penyertaan Ke MWC 2020 Disebabkan Koronavirus
Mobile World Congress merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pengenalan sejumlah teknologi baru, bersama-sama pelancaran peranti-peranti baru. Namun, untuk tahun ini, disebabkan oleh penularan wabak koronavirus, beberapa syarikat telah mula membatalkan penyertaan ke MWC 2020.
Sebelum ini, LG dan Ericsson telah mengatakan tidak akan menyertainya, dan terbaru pihak NVIDIA turut mengatakan tidak akan menghantar pekerja mereka ke acara berkenaan.
NVIDIA mengatakan sebelum ini mereka merancang untuk berkongsi pembangunan mereka dalam arena kecerdasan buatan, 5G dan juga vRAN. Namun, mereka menangguhkan perkara berkenaan dan tidak akan menyertai acara MWC 2020 ini.
Selain NVIDIA, beberapa syarikat lain turut diperkatakan masih mempertimbangkan penyertaan mereka ke acara berkenaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment