Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imran Khan tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imran Khan tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari


SEPANG, 4 FEB: Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, tiba di sini malam tadi untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas dari Karachi yang membawa Imran Khan bersama delegasi peringkat tinggi negara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.15 malam.

Ketibaan bekas bintang kriket itu disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu selaku menteri pengiring di Kompleks Bunga Raya KLIA.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Amna Baloch.

Ini merupakan lawatan kerja kali kedua Imran Khan ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018.

Imran Khan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala sedia ada dan bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.