Kajian Mendapati Penggunaan Penggera Pagi Yang Lebih Lembut Mengurangkan Rasa Mengantuk Selepas Bangun Tidur
Sejak kecil kami menggunakan penggera jam yang berbunyi nyaring kerana ia memastikan kami akan terjaga dengan lebih mudah sehingga lewat ke sekolah. Kerana kebiasaan ini, sehingga sekarang kami menggunakan penggera jam yang nyaring pada telefon pintar. Tetapi kajian terkini dari RMIT Australia mungkin menemui bukti penggera nyaring sebenarnya memberikan kesan negatif sepanjang hari.
Kajian yang melibatkan 50 peserta mendapati mereka yang menggunakan penggera yang lebih lembut akan terasa lebih kurang mengantuk empat jam selepas bangun dari tidur. Fenomena masih merasa mengantuk selepas bangun dikenali sebagai inersia tidur.
Penyelidik mempunyai teori penggera yang nyaring (seperti beep beep beep) menyebabkan aktiviti otak terganggu sekaligus memanjangkan tempoh masa inersia tidur pada individu. Dengan kata lain sekiranya anda ingin terus cergas di waktu pagi, tukarlah penggera jam ke irama yang lebih bermelodi lembut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment