Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Wajah Askar Thailand Yang Mengamuk Buat Live Bunuh Lebih 12 Orang Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Wajah Askar Thailand Yang Mengamuk Buat Live Bunuh Lebih 12 Orang Awam



BANGKOK - Seorang anggota tentera Thailand melancarkan serangan dan tembakan yang turut dipaparkan menerusi aplikasi Facebook Live di beberapa lokasi di bandar Nakhon Ratchasima atau dikenali sebagai Korat di timur laut Bangkok hari ini.

Pihak berkuasa mengesahkan lelaki bersenjata tersebut menggunakan mesingan dan menembak orang ramai secara rambang.

“Ramai yang maut dan cedera. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

“Polis telah mengepung kawasan pusat beli-belah Terminal 21 tersebut namun masih belum berjaya memberkas penyerang itu yang didakwa turut menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan,” kata jurucakap polis.


Penyerang itu dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakapanth Thomma dan didakwa mencuri kenderaan tentera serta memuat naik gambar serta video memaparkan dirinya dengan pakaian seragam ketika kejadian tersebut.












Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan memaklumkan Jakapanth turut menyerang pegawai atasannya sebelum melepaskan tembakan di kem tentera, kuil Buddha dan sebuah pusat beli-belah.

Pada Mac 2019, seramai 51 terkorban selepas pengganas kulit putih, Brenton Tarrant menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand yang juga dipaparkan menerusi Facebook Live. - AFP


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.