Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas 17 Jam "Sembunyi", Akhirnya Askar Thailand Ditembak Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas 17 Jam "Sembunyi", Akhirnya Askar Thailand Ditembak Mati



Setelah hampir 17 jam suspek yang dikenali sebagai Mejar Jakrappanth Thomma bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam di pusat membeli-belah Terminal 21 di daerah Korat, akhirnya dia ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Lokasi terakhir suspek berusia 32 tahun itu berada di parkir kenderaan aras bawah tanah.

Seorang anggota keselamatan terbunuh

Memetik laporan penuh dari BBC News, suspek mula menembak pegawai pemerintahnya di sebuah kem sebelum bertindak mengambil senjata api dan melarikan diri ke arah pusat membeli-belah berkenaan. Tembakan rambang itu kedengaran kira-kira jam 3.00 petang waktu tempatan.


Dalam insiden ini telah menyebabkan seorang anggota keselamatan terbunuh dan 2 orang tercedera di kem Suatham Phithak. Manakala, beberapa orang tebusan yang terperangkap di dalam Terminal 21 itu telah berjaya dibawa keluar.


Berjaya ditembak

Bagaimanapun, suspek lelaki itu cuba untuk melarikan diri melalui bahagian belakang bangunan tersebut. Malah, ibu kepada suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi memujuk anaknya menyerah diri kepada pihak berkuasa.


Terbaru, sehingga jam 9.30 pagi waktu tempatan, pihak polis telah berjaya menembak mati suspek tetapi masih belum mempunyai maklumat rasmi terhadap kes ini.

Menurut laporan Menteri Kesihatan iaitu Anutin Charnvirakul berkata seramai 16 orang awam telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala 4 orang meninggal dunia di hospital. Setakat ini seramai 31 orang tercedera dan 10 dalam keadaan kritikal.

Sumber: BBC News via Ohbulan.com


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.