Motorola Razr Rosak Selepas 27,000 Lipatan
Motorola Razr adalah sebuah lagi telefon pintar boleh lipat, selepas Royole Flexpai, Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X mula djual. Apa yang menarik dengan Motorola Razr ini adalah, ia mengekalkan rekaan klasik dan benar-benar adalah sebuah telefon pintar boleh libat dan bukannya – sebuah tablet yang boleh dilipat menjadi telefon pintar.
Motorola Razr boleh dikatakan masih lagi belum luas dipasarkan kerana ditangguhkan penjualannya atas permintaan yang banyak. Dukacita dimaklumkan, yang Motorola Razr ini adalah sebuah peranti yang tidak tahan lama. Pihak CNET membuat ujian lipatan pada peranti ini, dan hanya selepas sekitar 27,000 lipatan – peranti ini mula bermasalah. Apabila peranti dilipat, ia mula mmebuat bunyi bising yang pelik dan amat berbeza sebelum peranti ini diuji dengan mesin khas. Bukan itu sahaja, peranti ini juga semakin sukar untuk dilipat dan terasa kasar.
Ujian yang pihak CNET lakukan ini adalah selama sekitar 4 jam. Jika dibandingkan dengan Galaxy Fold, ujian selama 11 jam – ia masih bertahan sehingga 100,000 lipatan. Secara tidak langsung membuktikan yang Motorola Razr ini tidak tahan lama. Namun, tidak adil sebenarnya jika dibandingkan dengan Samsung – kerana Samsung Galaxy Fold adalah perati mercu boleh lipat dengan bahan binaan premium. Manakala, Motorola pula adalah peranti kelas pertengahan boleh lipat dengan bahan binaan plastik sahaja.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment