Hi! Welcome Back and Stay Tune! MyCERT Keluarkan Amaran Serangan Pengodam Yang Ditujukan Terhadap Pegawai Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MyCERT Keluarkan Amaran Serangan Pengodam Yang Ditujukan Terhadap Pegawai Kerajaan


MyCERT merupakan salah satu badan yang memantau pelbagai serangan siber yang ditujukan atau memberikan kesan kepada pengguna tempatan atau seluruh dunia. Terbaru, mereka telah mengeluarkan amaran terhadap serangan baru oleh sekumpulan pengodam yang menyasarkan para pegawai kerajaan.

Melalui apa yang dikongsikan, ia dilihat tujuan serangan ini adalah lebih kepada mencuri data – terutamanya mendapatkan informasi berkaitan projek kerajaan, proposal, minit mesyuarat, data kewangan, informasi penghantaran, perancangan dan sebagainya.

Serangan siber ini dilakukan dengan menggunakan dokumen khusus yang menjalankan sebuah kod hasad untuk membolehkan pelbagai data dimuat-turun dari komputer mangsa. Ia dilihat mengambil kerentanan pada perisian Microsoft Office untuk tujuan berkenaan.

Untuk mengatasinya, MyCERT mencadangkan untuk mengemaskini dan menutup kerentanan pada perisian berkaitan, serta membuat tetapan pada firewall.

Bagi anda yang dalam arena IT, mungkin boleh menyemak amaran terbaru MyCERT ini, dan mengemaskini serta memantau sistem IT di pejabat atau organisasi anda.

Baca: MyCERT Advisory



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.