Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tol: Jangan terpedaya hasutan pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tol: Jangan terpedaya hasutan pembangkang


GEORGE TOWN, 3 FEB: Rakyat diminta menilai manfaat pengurangan tol 18 peratus yang diberikan kerajaan dan tidak terpedaya dengan hasutan yang mahu mengaburi mata rakyat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihak pembangkang dilihat cuba mempersoalkan pengurangan kadar tol dengan membuat perbandingan tempoh pengiraan yang perlu ditempuhi rakyat sepanjang tempoh konsesi tol itu sehingga 2058.

“Pihak tertentu tidak tahu kira dan sengaja menyatakan bahawa apabila kita melanjutkan konsesi 20 tahun dan mengurangkan tol sebanyak 18 peratus, mereka cakap itu merugikan rakyat tetapi mereka tidak jelaskan bahawa semasa mereka (kerajaan dahulu) melanjutkan konsesi 20 tahun mereka tidak pun mengurangkan kadar tol,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sing Kang di sini semalam.

Guan Eng berkata menerusi pengurangan kadar tol tersebut, ia telah memberikan penjimatan yang besar kepada rakyat dan juga kerajaan.

“Kita kurangkan kadar tol 18 peratus kita tidak perlu membayar pampasan bermakna kerajaan jimat RM28 bilion. Sungguh pun kita buat usaha-usaha ini untuk rakyat Malaysia, masih ada orang daripada parti lawan yang cakap potongan 18 peratus ini tidak bermakna kerana kita telah melanjutkan konsesi selama 20 tahun,” katanya.

Guan Eng berkata rakyat perlu menilai perkara berkenaan dari aspek “faktor diskaun” yang lebih memberikan manfaat dan penjimatan.

“Ada yang membuat perkiraan, mereka cakap 18 tahun anda bayar RM100. Lebih baik tak berbanding selama 38 tahun hanya membayar RM82 ringgit kerana 100 ringgit adalah untuk tempoh selama 18 tahun,” katanya.

Guan Eng berkata rakyat juga perlu memikirkan nilai wang yang akan dibayar untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Kelmarin, jutaan rakyat Malaysia mula menikmati kadar tol 18 peratus lebih rendah yang merupakan satu penjimatan yang cukup ketara buat semua pengguna.

Bukan sahaja pengguna lebuh raya, malah penstrukturan semula konsesi PLUS itu juga membolehkan kerajaan membuat penjimatan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058.

Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Januari 2020 telah memutuskan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5) di lebuh raya yang terlibat iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA),Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE).

Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.