Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Ubat Selesema - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Ubat Selesema


Selesema merupakan salah satu sakit yang dialami ramai orang diseluruh dunia, dania sering hadir berulang kali. Selain kadang-kala menyukarkan kehidupan harian, ia juga turut memberikan impak dari segi komunikasi dan juga produktiviti.

Untuk mengatasinya, kini Amazon dilaporkan sedang melihat untuk membangunkan ubat selesema. Amazon dikatakan sedang membangunkan projek ini dibawah apa yang dipanggil sebagai “Project Gesundheit”.

Amazon mungkin melihat kepada virus-virus utama dalam mengatasi masalah selesema ini. Apa pun, virus ini sering bermutasi dari masa ke semasa, sekaligus akan agak menarik untuk melihat bagaimana pihak Amazon cuba mengatasi virus selesema ini.

Selain daripada ubat untuk selesema ini, pihak Amazon turut diperkatakan sedang melihat untuk menyelesaikan beberapa masalah utama – lebih kurang seperti yang dilakukan Google melalui Google X.

Dalam arena perubatan dan kesihatan sendiri, pihak Amazon sebelum ini telah mengambil-alih PillPack yang memfokuskan kepada jualan ubat, selain turut menawarkan sokongan melalui pembantu digital maya mereka, Alexa.

Mungkin kita akan mendengar perkembangan lanjut berkaitan penawaran pihak Amazon ini dalam tahun-tahun akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.