Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 10 bulan mati, pengasuh wanita Thailand ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 10 bulan mati, pengasuh wanita Thailand ditahan


KUALA LUMPUR, 13 MAC: Polis menahan seorang wanita Thailand bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan, dipercayai didera di Serdang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Polis Ismadi Borhan berkata suspek berusia lewat 30-an yang juga pengasuh mangsa ditahan di rumahnya dan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman hari ini.

Beliau berkata pihak Hospital Serdang menerima mangsa yang dibawa oleh bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 5.17 petang semalam tetapi mangsa gagal diselamatkan.

Sebelum itu, Ismail berkata bapa mangsa mengambil anaknya dari rumah pengasuh dan dibawa ke Hospital Serdang setelah dimaklumkan keadaannya yang lemah.

Mangsa dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pada jam 8 pagi.

“Pengasuh yang berkahwin dengan warga tempatan telah lama mengenali ibu bapa mangsa,” katanya.

Ismail berkata hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan abdomen akibat dipukul dengan senjata tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.