Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo A91 Disahkan Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo A91 Disahkan Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak


Oppo A91 dilancarkan di India pada Disember tahun lalu dan ia kini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Akaun rasmi Oppo Malaysia mula mengacah pelancarannya namun tarikh masih lagi belum ditetapkan pada waktu ini.

Oppo A91 ialah sebuah peranti kelas pertengahan dengan skrin 6.4″ FHD+ AMOLED, dijana cip MediaTek Helio P70, memori sebesar 8GB, storan 128GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4025 mAh yang menyokong pengecasan 20W VOOC. Sebuah pengimbas cap jari dalam skrin turut disertakan.

Spesifikasi kamera pula ialah 48+8+2+2 MP dengan kamera swafoto pula sebesar 16 MP diletakkan dalam takuk skrin. Sistem kamera yang disokong pul ialah ultra lebar, hitam putih dan pengesan kedalaman. Tiada kamera telefoto optikal disertakan. Sedikit mengecewakan peranti ini masih lagi menggunakan Android 9 dan pelancar ColorOS 6.1.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.