Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dilantik exco Melaka bukan turun pangkat, kata bekas KM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dilantik exco Melaka bukan turun pangkat, kata bekas KM


Idris Haron mengangkat sumpah sebagai exco Melaka di depan Yang Dipertua Negeri, Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri semalam. (Gambar Facebook)
MELAKA: Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron tidak menganggap pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri sebagai penurunan pangkat atau kedudukan, sebaliknya ia amanah serta tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin.
Adun Sungai Udang itu berkata, portfolio berkenaan amat penting kerana ia melibatkan pembangunan negeri secara menyeluruh, khususnya peringkat 3 daerah di negeri itu, selain memastikan isu banjir dapat ditangani sebaiknya.
“Kalau saya lihat jawatan ini sebagai satu keistimewaan, kebesaran atau kemegahan, ia akan memperlihatkan satu ‘downgrading’, tetapi pada saya adalah satu amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yang perlu dipikul untuk kesejahteraan rakyat.
“Lagipun peranan menggalas portfolio pembangunan yang diberikan ini merupakan satu keyakinan yang diletakkan Yang Dipertua Negeri, Mohd Khalil Yaakob serta Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali kepada saya dan rakyat melihatnya.”
Beliau berkata demikian selepas istiadat angkat sumpah exco Melaka di Dewan Seri Negeri semalam.
Idris pernah menjadi ketua menteri Melaka dari 2013 hingga 2018.
Sementara itu, Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis yang dilantik semula sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, berterima kasih kepada kepimpinan negeri memberi peluang kepadanya untuk terus menggalas portfolio sama.
Beliau berkata, cabaran lebih besar yang perlu diberi perhatian serius ialah strategi lebih berkesan dan bersasar untuk memastikan Covid-19 tidak terus memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan negeri yang merupakan salah satu teras ekonomi Melaka.
Beliau juga yakin kestabilan politik negeri di bawah kepimpinan gabungan baru yang kini menguasai 17 daripada 28 kerusi akan turut memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi Melaka, termasuk pelaburan dalam sektor pelancongan.
Dalam pada itu, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang dilantik semula sebagai pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, berkata beliau akan memfokuskan pembangunan tanaman fertigasi dan kelapa pandan dalam usaha memastikan bekalan makanan di peringkat negeri mencukupi, selain memperkukuh sektor pertanian Melaka.
Menyentuh masa depan politiknya, beliau berkata, dia mungkin menyertai parti politik lain dan akan memaklumkan keputusannya dalam masa terdekat selepas mempertimbangkan.
“Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada DAP kerana tanpa parti itu tiada siapa mengenali saya dan terima kasih juga kerana memecat saya,” katanya yang kini wakil rakyat bebas.
Bagi Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad yang dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri di bawah portfolio pendidikan, pengajian tinggi, teknikal dan vokasional, sains dan inovasi, ia merupakan penghormatan kepadanya kerana jawatan itu pertama kali diwujudkan di bawah jabatan berkenaan.
“Sebenarnya ikhlas saya cakap, saya pun baru tahu tentang perkara ini semasa sidang media dan saya akan bertemu dengan ketua menteri untuk membincangkan skop portfolio ini yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri secara lebih jelas.”
Beliau berkata, gabungan baru itu mampu memperkukuh hubungan antara kedua-dua parti seperti di peringkat kerajaan persekutuan. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.