Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google, Microsoft Dan Twitter Mengarahkan Kakitangan Di Ireland Bekerja Dari Rumah Kerana Koronavirus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google, Microsoft Dan Twitter Mengarahkan Kakitangan Di Ireland Bekerja Dari Rumah Kerana Koronavirus


Wabak koronavirus telah meragut lebih 2000 nyawa dan memaksa pembatalan puluhan acara besar kerana risiko penularannya yang dilihat semakin serius. Di Ireland, sebagai langkah berjaga-jaga Google, Microsoft dan Twitter mengarahkan lebih puluhan ribu kakitangan untuk bekerja dari rumah bermula hari ini.

Arahan diberikan selepas seorang kakitangan Google dilaporkan menunjukkan salah satu simptom Covid-19. Langkah drastik yang diambil Google ini didedahkan oleh Andrian Weckler, seorang wartawan teknologi untuk Irish Indepedent semalam menerusi ciapan Twitter,

Selain diambil sebagai langkah berjaya-jaya koronavirus, ia turut akan digunakan Google sebagai eksperimen untuk melihat sama ada organisasi masih boleh berfungsi sekiranya kakitangan bekerja dari rumah secara besar-besaran.

Google mempunyai lebih 8000 kakitangan sementara Microsoft dan Twitter pula masing-masing mempunyai 2200 dan 220 kakitangan. Sebuah lagi gergasi internet Facebook masih belum mengarahkan 3500 kakitangan mereka di Ireland untuk bekerja dari riumah tetapi mengharamkan lawatan sosial bukan pekerja ke pejabat mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.