Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Pintar Gentian Karbon Pertama Dunia Boleh Anda Miliki Pada Harga RM4300 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Pintar Gentian Karbon Pertama Dunia Boleh Anda Miliki Pada Harga RM4300


Gentian karbon amat sinonim dengan kereta berprestasi tinggi kerana tahan lasak seperti logam tetapi jauh lebih ringan. Bagi peminat gentian karbon, impian anda untuk memiliki telefon pintar dengan bahan binaan ni menjadi realiti dengan pelancaran Carbon 1 Mark II.

Keseluruhan tubuh telefon pintar Android ini diperbuat daripada bahan gentian karbon. Ini membuatkannya menjadi antara telefon pintar paling ringan dengan berat 125 gram sahaja walaupun dilengkapi skrin sebesar 6-inci. Peranti lain dengan saiz yang hampir sama mempunyai berat purata sekitar 180 gram.

Spesifikasi lengkap Carbon 1 Mark II ialah skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana cip MediaTek P90, memori 8GB, storan 128GB dan bateri 3o50 mAh. Dwi kamera 16-MP digunakan pada panel belakang dan kamera swafoto pula sebesar 20-MP.

Pengimbas cap jari fizikal diletakkan pada sisi kanan dan peranti boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Turut diletakkan pada sisi kanan ialah tiga butang kuasa serta kawalan suara. Akhir sekali peranti ini menggunakan Android 10. Carbon 1 Mark II dijual pada harga £799 (~RM4281) sebuah dan hanya 2000 unit akan dihasilkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.