Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu dera anak 17 tahun hingga patah gigi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu dera anak 17 tahun hingga patah gigi


Mangsa dera berusia 17 tahun mengalami gangguan emosi sehingga enggan pulang ke rumah.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas disyaki mendera anak perempuannya berusia 17 tahun di Taman Pandan Mewah, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu Rabu lalu sebelum menahan wanita berusia 39 tahun itu semalam.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan melecur di perut mangsa selain cedera di bahagian kuku dan patah gigi.
“Mangsa mengalami gangguan emosi sehingga enggan pulang ke rumah. Remaja itu dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noor Azmi berkata, suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman 5 hari sehingga 10 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.