Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNHEP keluar kompaun lebih RM127,000 berkait kesalahan harga, bekalan topeng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNHEP keluar kompaun lebih RM127,000 berkait kesalahan harga, bekalan topeng


Alexander Nanta Linggi berkata, pembekal dan pengilang memberi jaminan bekalan topeng mencukupi, tetapi sikap pihak yang mengambil kesempatan serta membuat pembelian panik menyebabkan bekalan sukar diperolehi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kesalahan berkaitan harga dan bekalan penutup mulut dan hidung direkodkan daripada 255 pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dengan jumlah kompaun RM127,400 dikeluarkan sejak penularan Covid-19.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, 26 daripada jumlah itu melibatkan kesalahan menjual topeng melebihi harga siling RM2 yang ditetapkan.
“Setakat ini, ada lebih 30 kes (31 kes). Memang kita ada SOP mengenai itu (pemeriksaan dan tindakan). Kita akan teliti dahulu sejauh mana betul atau tidak aduan itu dan kita ada undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka yang ditangkap (jika didapati bersalah).
“Bukan hanya penutup mulut dan hidung, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan terhadap bahan ‘essential’. ‘Profiteering’ atau pencatutan ini (adalah) kesalahan. Jadi kita merayu kepada yang terlibat dalam perniagaan ini tidak mengambil kesempatan lebih-lebih lagi masa terdesak,” katanya selepas tinjauan bekalan dan harga barang keperluan di sebuah pasar raya di Taman Maluri semalam.
Nanta berkata, sungguhpun pembekal dan pengilang memberi jaminan bekalan topeng mencukupi, namun sikap pihak yang mengambil kesempatan serta membuat pembelian panik menyebabkan bekalan sukar diperolehi.
Kementerian itu membenarkan topeng diimport dan dijual pada harga maksimum RM2 sekeping berkuat kuasa 20 Mac lalu.
Setakat kelmarin, Sabah dan Melaka mencatatkan bilangan kesalahan tertinggi, iaitu masing-masing 6 kes, diikuti Selangor (4), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (masing-masing 3), Kedah, Pulau Pinang, dan Johor (masing-masing 2), Perak, Pahang serta Sarawak (masing-masing 1). - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.