Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Bogelkan Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Bogelkan Anwar


Najib Razak
Biar saya jawab ulasan bakal PM5/6/7/8/9 petang tadi tentang pakej rangsangan ekonomi yang diumum PM8.
Kerajaan PN tak payah jawab. Biar saya jawab.
Menteri-menteri PN teruskan buat kerja yang sepatutnya dalam tempoh PKP ini.
Ulasan bakal PM5/6/7/8/9 boleh diringkaskan begini
1. Adakah negara kita cukup duit untuk pakej rangsangan ekonomi?
Jawapan saya: Cukup. Kalau tak cukup, mereka tak akan umum kerana mereka perlu bayar.
Bila tak cukup, kerajaan masih ada ruang besar untuk meminjam kerana jumlah kekayaan atau “liquidity” dalam negara masih tinggi.
Masa kita tidak ada krisis, jika kerajaan PH mampu pinjam RM140 bilion dan jarah RM104 bilion dari Rizab Petronas serta jual aset negara sebanyak RM40 bilion tetapi ekonomi kita tak hancur (kerana PN ambil alih kerajaan), apa salahnya kerajaan PH belanja RM22 bilion serta memberi suntikan RM250 bilion melalui pelbagai cara lain untuk mendepani krisis ini apatah lagi ia benar-benar untuk rakyat dan negara?
Ianya juga tidak bermakna jika penarafan kredit negara diturunkan penarafan akibat pakej rangsangan ekonomi ini kerana penarafan negara dunia lain juga diturunkan.
Sebab itu, saya tak tengok syarikat penarafan kredit antarabangsa akan menurunkan penarafan kredit kita pada keadaan luar biasa yang melanda seluruh dunia seperti kini.
2. Apakah akan terjadi apabila bantuan dari pakej rangsangan habis dibayar. Sebab itu, kita patut berdebat dua hari dalam Parlimen.
Jawapan saya: Bakal PM5/6/7/8/9 perlu faham bahawa cabaran kali ini adalah amat luar biasa dan unprecedented.
Biasanya, kemelesetan ekonomi disebabkan oleh permintaan yang turun. Kali ini, kedua-dua permintaan (demand) dan bekalan (supply) menjunam.  Bukan hanya di Malaysia tetapi di hampir seluruh dunia.
Tambahannya ialah ramai rakyat dari golongan pendapatan rendah sudah hampir tiada wang untuk beli makanan dan barangan asas kerana sebulan tidak dapat bekerja.
Sebab itu, kita mesti bertindak pantas. Kita beri keutamaan untuk memberi bantuan segera kepada seramai rakyat kita bagi membantu mereka serta memulihkan permintaan.
Kita suntik wang dalam ekonomi supaya permintaan dalam ekonomi boleh memulih dan Rakyat mampu membeli semula. Dan ini sendiri akan menggerakkan ekonomi domestik.
Apabila ini berlaku, pembekal dan perniagaan juga mendapat suntikan apabila Rakyat membeli semula.
Dan apabila perniagaan jalan dan perolehan stabil, mereka tidak akan mengurangkan pekerja mereka dan mereka lebih cenderung untuk menambah pekerja jika perlu. Dan pekerja pula akan dapat gaji dan mereka juga akan berbelanja.
Dengan itu, bekalan (supply) juga akan mula pulih.
Sebab itu, keutamaan sekarang ialah kelajuan dan kecekapan kerajaan untuk menyalurkan dan melaksanakan segala bantuan yang diumumkan.
Itulah priority. Kerajaan buat dulu.
Jangan perlambatkan usaha ini dengan menuntut debat 2 hari dalam parlimen (2 dari ahli parlimen anda sudah positif Covid dan ramai lagi yang disuruh kuarantin. Korang jangan nak jangkitkan kita pulak).
Lagipun dalam masa kritikal ini, ianya lebih baik untuk tersalah bayar dua orang yang tidak patut dibayar berbanding gagal membantu seorang yang amat memerlukannya sekarang.
Jika ada salah laku dalam pakej rangsangan ini, korang boleh bangkitkan apabila sesi parliamen berlangsung semula pada bulan Mei. Dan kita berdoa agar negara kita pulih sepenuhnya menjelang Mei ini.
3. Adakah bantuan kerajaan kepada SME patut ditambah baik?
Saya setuju bahawa kerajaan masih mampu memberi lebih banyak bantuan kepada SME.
Namun, pakej bantuan tambahan kepada SME boleh diumumkan kemudian. Ia tak bermakna ia terhenti setakat itu sahaja. Kerajaan masih ada upaya dan kemampuan.
Tiada siapa kata pakej-pakej rangsangan ekonomi tambahan tidak boleh dilaksanakan kemudian atau terhenti setakat itu sahaja.
Saya percaya kerajaan PN juga sedar. Biarlah mereka rancang bantuan tambahan dan umumkan bagi SME nanti.
Tapi jangan kacau pakej rangsangan yang sudah diumumkan semalam. Sebaliknya, anda perlu menyokong segala usaha kerajaan terutama barisan hadapan dalam mengemudi dan mendepani wabak serius ini.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.