Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRIHATIN: Tak Perlu Bahas, PH Boleh Jumpa Terus Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRIHATIN: Tak Perlu Bahas, PH Boleh Jumpa Terus Kerajaan


(Ismawb) – Pakatan Harapan (PH) boleh sahaja mengadakan pertemuan khas dengan kerajaan tanpa perlu menunggu sidang Parlimen pada Mei nanti, berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan, semalam.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, PRIHATIN adalah pakej rangsangan khas sewaktu negara berada dalam keadaan kritikal, dan kerajaan perlu bertindak cepat demi kebajikan rakyat.
Justeru, beliau menyifatkan cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pakej rangsangan ekonomi berkenaan dibahas di Parlimen sebagai tindakan lambat.
“Secara umumnya, Pakej PRIHATIN ini adalah suatu pakej rangsangan ekonomi khas sewaktu negara berada dalam keadaan yang kritikal.
“Pada waktu kritikal sebegini, kerajaan perlu bertindak cepat. Walaupun terdapat beberapa kekurangan tetapi keseluruhan rakyat bawahan berasa gembira dan berterima kasih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Semalam, Anwar mencadangkan supaya pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion itu dibahaskan di Parlimen supaya dapat mengelak berlakunya ketirisan.
“Saya syorkan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan pertimbangan serius dengan memberikan ruang kepada semua pihak untuk membahas dan memberikan sokongan dengan maksud memperbaiki pakej itu.
“Oleh itu, saya ulangi keperluan diberikan ruang untuk anggota Parlimen khas dan saya ingin memberi jaminan kepada Perdana Menteri dan kerajaan bahawa kita akan beri kerjasama dan sokongan supaya rangsangan ekonomi ini berkesan,” kata Anwar.
Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khasnya semalam, mengumumkan sejumlah RM250 bilion diperuntukan oleh kerajaan yang mana memperlihatkan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin turut menyarankan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan rangsangan khas tambahan yang lain kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), selain daripada kemudahan pinjaman.
Beliau berkata, kemudahan pinjaman bagi membantu PKS hanya akan mengikat kemampuan untuk membayar balik, sedangkan perniagaan tidak berjalan.
“Pada pendapat saya, sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu rangsangan khas tambahan yang lain, bukan hanya kemudahan pinjaman yang hanya akan mengikat kemampuan untuk membayar balik sedangkan perniagaan tidak berjalan. Pinjaman diberikan seharusnya bukan untuk bayar gaji sahaja.
“Sebarang kritikan dan cadangan penambahbaikan adalah dialu-alukan. Diharapkan agar kerajaan yang ada bersedia menerima pandangan untuk kebaikan rakyat,” katanya.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.