Samsung Memulakan Pengeluaran Storan Berasaskan UFS 3.1 Untuk Telefon Pintar
Pada tahun 2015 Samsung mula menawarkan storan berasaskan UFS pertama untuk telefon pintar. Selepas lima tahun teknologi storan ini telah berkembang maju ke versi terkini eUFS 3.1 dan Samsung telah memulakan pengeluaran storan eUFS 3.1 untuk digunakan pada peranti pintar kelas mercu.
Storan ini menawarkan sokongan pembacaan mencapai 21000 MB/s dan menulis mencapai 1200 MB/s. Kelajuan menulis eUFS 3,1 adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding eUFS 3.0.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna merakamkan video dan gambar pada resolusi tinggi dengan mudah, selain tidak lagi perlu risau berkenaan saiz storan rakaman. Samsung menawarkan storan eUFS 3,1 dalam pilihan saiz 128GB, 256GB dan 512GB,
Setakat Mac 2020, hanya Nubia Red Magic 5G telah menggunakan storan eUFS 3,1.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment