45,378 individu jalani saringan Covid-19 – KKM
SHAH ALAM, 2 APRIL: Seramai 45,378 individu menjalani saringan Covid-19 setakat hari ini dengan 3,116 disahkan positif, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan statistik, jumlah itu meningkat 1,916 orang berbanding 43,462 semalam.
Seramai 34,483 individu disahkan negatif manakala 7,779 masih menunggu keputusan.
Dengan pertambahan 208 kes baharu di seluruh negara, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi positif Covid-19 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 50 kematian, 105 kes di unit rawatan rapi (ICU) manakala 767 discaj daripada wad.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment