Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Negeri tubuh Tabung Covid-19 Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Negeri tubuh Tabung Covid-19 Selangor


SHAH ALAM, 3 APR: Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Covid-19 Selangor bagi membolehkan orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan untuk sama-sama membasmi wabak tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Islamic – 562106684326 dalam bentuk mata wang tempatan Ringgit Malaysia.

Kaedah sumbangan adalah menerusi perbankan internet, cek, sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (Rentas), mesin teler automatik (ATM) dan pindahan telegrafik (TT).

Penyumbang tabung ini layak menerima potongan cukai mengikut Subseksyen 44(6) ACP oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jenis-jenis resit yang diluluskan LHDN adalah resit rasmi Kerajaan (Kew-38), perbankan internet, slip yang dikeluarkan oleh mesin deposit cek, pindahan Rentas dan pindahan TT bersama maklumat kredit.

Tabung ini diwujudkan selepas pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 April lalu.

Sejumlah RM8.150 juta berjaya dikutip pada hari pertama dilancarkan dengan RM250,000 hasil sumbangan Ahli Dewan Negeri.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.