Google Pixel Buds Dengan Kemampuan Mengalih Bahasa Masa Nyata Mula Dijual
Google Pixel Buds telah diumumkan semasa pelancaran Pixel 4 tahun lalu dan ia hanya mula dijual bermula hari ini di beberapa pasaran terpilih. Fon telinga nirwayar ini mempunyai fungsi unik yang membolehkan ia melakukan alih bahasa dalam masa nyata seperti Pixel Buds sebelum ini.
Perbezaan Pixel Buds baharu dengan terdahulu terletak pada rekaannya yang kini tidak bertali serta boleh disimpan di dalam pod pengecas. Ia turut boleh mengubah tahap kekuatan audio yang didengari pemakai secara automatik bergantung kepada tahap hingar persekitaran. Rekaan adalah dari jenis earbuds tetapi dengan lohong udara terbina, Google berkata perasaan telinga tersumbat tidak akan berlaku pada fon telinga nirwayar mereka ini.
Pada bahagian sisi Pixel Buds terdapat pad sesentuh yang menyokong kawalan sentuhan dan juga tatalan. Selain kawalan kelantangan audio, pad sesentuh boleh digunakan untuk menyeru pembantu maya pilihan.
Dengan ketahanan kalis air IPX4, ia sesuai digunakan untuk sesi bersenam. Menurut Google, dengan sekali caj Pixel Buds boleh beroperasi sehingga 5 jam atau sehingga 24 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Pod ini boleh dicas menggunakan kabel USB-C atau pengecas nirwayar Qi.
Google Pixel Buds dijual pada harga $179 (~RM780) sepasang dalam warna Clearyly White, Oh So Orange, Almost Black dan Quite Mint.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment