Samsung Dilaporkan Mengurangkan Pesanan Komponen Peranti Sehingga 50% Kerana Impak Covid-19
Impak virus Covid-19 ke atas kehidupan seharian boleh dilihat dengan jelas setiap hari. Ada sahaja mesej tular kutipan derma untuk mereka yang kehilangan kerja dan sumber mata pencarian sejak PKP dikuatkuasakan oleh kerajaan. Impak koronovirus terhadap industri peranti pintar juga tidak kurang hebatnya dengan jualan diramalkan menyusut sehingga 15% tahun ini.
Menurut laporan ETNews yang memetik sumber dari dalam industri, Samsung antara syarikat yang turut menerima impak yang besar akibat Covid-19 dan telah mengurangkan pesanan komponen menghasilkan peranti pintar sehingga 50% berbanding biasa. Pengurangan penghasilan peranti oleh Samsung bukan sahaja pada model mercu tetapi turut melibatkan model lebih mampu milik.
Sebagai pengeluar dengan pegangan pasaran telefon pintar terbesar dunia pada tahun 2019, keputusan Samsung untuk mengurangkan pesanan komponen akan meninggal impak yang besa kepada industri.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment