Hi! Welcome Back and Stay Tune! KRITIKAN TERHADAP DATUK DR NOOR HISHAM OLEH DATUK DR MUSA: APA LAGI YANG BOLEH DIJANGKA DARI PEMUJA DAP? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KRITIKAN TERHADAP DATUK DR NOOR HISHAM OLEH DATUK DR MUSA: APA LAGI YANG BOLEH DIJANGKA DARI PEMUJA DAP?


Kamarul Yusoff
Kasihan rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang dikritik teruk oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam satu laporan viral (dikongsi oleh lebih 25,000 pembaca) kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan Covid-19 dengan alat perlindungan sewajarnya, terperap di menara gading Putrajaya dan tidak turun ke padang melawat hospital-hospital.
Tidak ramai yang tahu bahawa Datuk Dr Musa Nordin ini, walaupun kelayakan profesionalnya tidak dipertikaikan, adalah pemimpin Muslim Professionals Forum (MPF) yang mendukung kuat Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, dan semua ini boleh dibuktikan dengan melihat sendiri segala kenyataan media yang pernah beliau keluarkan sejak Mei 2018 hingga Mac 2020.

READ MORE HERE

Private Doctor Tells Noor Hisham And Team To Leave Their ‘Ivory Towers’, Says MoH Failed Frontliners

Experts Say No to Malaysia Lockdown

Datuk Dr Musa Nordin ini adalah pemuja DAP, kenyataan media beliau pada 2 Mac 2020 menyifatkan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sebagai “bertindak cemerlang” (“performed admirably”) dan “penyelamat” (“saviour”), dan beliau juga adalah pembenci dan penghina UMNO dan PAS dalam pelbagai kenyataan media beliau.

A Pyrrhic Victory for TSMY and Malaysia (Part I)

A Pyrrhic Victory for TSMY and Malaysia (Part II)

Lebih jauh daripada itu, Datuk Dr Musa Nordin juga tidak boleh menerima tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Azmin Ali serta penyokong mereka menubuhkan kerajaan baharu yang beliau istilahkan sebagai “kerajaan pintu belakang”, dan di dalam konteks inilah kritikan beliau terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan kerajaan sekarang perlu dilihat.
Malah, perlu diingat, tatkala desas-desus bertiup bahawa kerajaan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Datuk Dr Musa Nordin inilah antara pakar-pakar perubatan yang bersuara pada 16 Mac 2020 bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka ke atas cadangan kerajaan ini, dan bayangkanlah apa yang boleh berlaku jika kata-kata Datuk Dr Musa Nordin ini diikuti.
Bertabahlah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kerana di sebalik dedikasi, komitmen dan usaha keras lagi tulus anda untuk memulihkan negara dari pandemik Covid-19 ini, pasti sahaja orang seperti Datuk Dr Musa Nordin akan mencari kesalahan anda.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.