Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga PPR, satu pangsapuri kos rendah dikecuali bayar sewa sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga PPR, satu pangsapuri kos rendah dikecuali bayar sewa sebulan


SHAH ALAM, 9 APRIL: Selangor hari ini mengumumkan pengecualian bayaran sewa selama sebulan membabitkan tiga Program Perumahan Rakyat (PPR) dan satu pangsapuri kos rendah di bawah seliannya.

PPR terbabit ialah PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Serendah dan Council Homes Bandar Baru Bangi membabitkan 2,632 unit penyewa.

EXCO Perumahan Haniza Mohamed Talha berkata PPR dan pangsapuri tersebut turut diberi penangguhan sewa selama dua bulan pada Mei dan Jun bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Berdasarkan aduan diterima, terdapat penyewa tidak mampu membayar sewa bulanan atas beberapa sebab seperti pemotongan gaji oleh majikan, tidak dapat keluar berniaga dan hilang mata pencarian.

“Justeru, Kerajaan Negeri berharap perkara yang diputuskan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung oleh semua penyewa,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menyeru rakyat mematuhi arahan PKP untuk memastikan kehidupan kembali seperti sedia kala.

Pada 21 Mac lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan membabitkan 9,185 unit rumah PPR.

PPR terbabit ialah PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kampung Hassan Hulu Selangor dan PPR Ladang Siliau Port Dickson.

Turut tersenarai, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang dan PPR Kota Bahru.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.