Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM dijangka jawab teka-teki tempoh PKP hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM dijangka jawab teka-teki tempoh PKP hari ini


Kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April.
KUALA LUMPUR: Teka-teki status penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan Covid-19.
Kemungkinan juga berkaitan dengan status PKP yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas mengharungi tempoh 3 minggu penguatkuasaan sejak 18 Mac lalu.
Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April.
Setakat semalam perkembangan pandemik Covid-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 121 pesakit disahkan pulih, iaitu melebihi jumlah kes positif 109 direkodkan menjadikan keseluruhan kes postif ialah 4,228 kes, dengan 67 kematian.
Sementara itu kadar pematuhan PKP adalah 97% setakat semalam dan polis mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 setiap satu terhadap individu ingkar PKP.
Dalam perkembangan yang sama, jumlah keseluruhan zon merah di seluruh Malaysia ketika ini sebanyak 24 kawasan, iaitu lokasi mencatat kes positif Covid-19 melebihi 41.
Sehingga kini, sebanyak 4 lokasi dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD), membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor), dan 3 bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
Simpang Renggam merupakan lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19 kini dilanjutkan sehingga 14 April.
Selain itu, setakat semalam (9 April) 3 negeri terus mencatat jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu Selangor (1,118 kes), Kuala Lumpur (699 kes) dan Johor (503 kes). - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.