Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Sebenar LG Velvet Dikongsikan Secara Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Sebenar LG Velvet Dikongsikan Secara Rasmi


Menerusi LG Velvet, LG tidak lagi menggunakan sistem penamaan angka pada peranti mereka bagi mencuba strategi baru pemasaran. Selepas lakaran Velvet dikongsi secara rasmi minggu lalu, pada hujung minggu yang lepas mereka berkongsi video yang mendedahkan rekaan rasmi peranti ini.

Dapat dilihat ia mempunyai takuk kecil pada bahagian hadapan untuk kamera swafoto, rekaan skrin dwi-lengkung sisi, bezel yang nipis dan tri-kamera utama yang disusun menegak. Buat pertama kali juga LG Velvet disahkan menggunakan cip Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G.

Usaha LG untuk mencuba sesuatu yang baharu adalah harus dipuji kerana rekaan mereka agak statik sejak setahun dua yang lalu. Harus diingatkan mereka dahulu lebih berani dengan LG G5 dilengkapi sistem modular dan LG V10 dengan dwi-skrin pada bahagian hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.